|
pesanan buat si dia
Wednesday 22 June 2011 | 05:06 | 1 candie blossom
tolong beritahu padanya aku ada pesanan buatnya tolong beritahu si dia cinta yg agung adalah cinta NYA tolong beritahu si dia bahawa cinta manusia membuat dia alpha tolong nasihati si dia jgn menyintaiku lebih dari cinta pada YANG MAHA ESA tolong nasihati si dia jgn mengingatiku lebih dari dia mengingati YANG MAHA KUASA YA ALLAH..sekiranya aku jatuh cinta maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang yg melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu tolong nasihati si dia jgn mendoakanku lebih dari doa kpd ibu bapanya tolong katakan pada si dia dahulukan ALLAH kerana disitu ada syurga tolong katakan pada si dia dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bkn rupa tolong ingatkan si dia aku lebih cintakan zuhudnya bkn harta tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya tolong tegur si dia jika dia mula mengagungkan cinta manusia tolong tegur si dia bila dia tenggelam dalam angan-angannya tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya tolong sedarkan si dia aku milik YANG MAHA ESA tolong sedarkan si dia aku masih milik keluarga tolong sedarkan si dia tanggungjawabnya besar terhadap keluarganya toong sabarkan si dia diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta tolong sabarkan si dia bila jarak penyebab bertambah rindunya tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi punca kegagalanaya tolong pesan padanya aku membiarkan YANG MAHA ESA menjaga dirinya tolong khabarkan padanya aku tidak mahu melekakan dia tolong khabarkan pada si dia aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya tolong khabarkan pada si dia jadilah penyokong dalam kejayaanku tolong sampaikan pada si dia aku dambakan cinta suci yang terjaga tolong sampaikan pada si dia cinta kerana allah tidak ternilai harganya takkan kau rasai cinta andai tiada cinta buat YANG MAHA ESA tolong sampaikan pada si dia hubunggan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dgn YANG MAHA kuasa tolong sampaikan pada si dia kerana aku tidak memberitahu dia sendiri CINTA lahirnya dari dua hati hadirnya tanpa dipakasa YA ALLAH! aku jatuh cinta YA ALLAH YA TUHANKU telah datang padaku seorang insan yang mengetuk pintu hati ini sekiranya dia adalah jodohku yyang terbaik yang telah KAU tetapkan sejak dari kandungan ibuku lagi maka permudahkanlah urusan ku..permudahkanlah urusan dia..dan permudahkanlah urusan kami berdua YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM lindungilah imanku YA ALLAH..lindungilah imannya.. dan lindungilah iman kami berdua sepanjang perhubungan ini AMIN YA RABBAL ALAMIN.. CINTA karya indah SANG PENCIPTA dimulakan di syurga dirasukkan dalam jiwa ADAM dan HAWA lalu dianak-pinakkan dalam setiap jiwa dengan kadar yang berbeza CINTA sebenarnya tidak buta CINTA adalah sesuatu yang luhur, murni dan diperlukan yang buta adalah cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan CINTA, MENCINTAI atau DICINTAI adalah lumrah sifat kejadian manusia hak untuk bercinta dan menerima adalah bergantung pada individu itu sendiri pilihan adalah terpulang kepada kita jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya kerana keelokannya dapat menyesatkan jangan pula tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan akan musnah tertariklah pada seseorang yang membuatmu tersenyum kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.. |