|
30 JUN 2011
Thursday 30 June 2011 | 22:33 | 0 candie blossom
erm..alhamdulillah..hidup sy semakin baik..kawan2 pun sumenye OK..the best..partner.. tp sy nie asyik demam je..ni selsema batuk pun x hilang lg..hehe daa 2 minggu mcm nie.. nmpk pic tu? bkn suke2 na ambil tau..kt sekolah lg tu..wow!! semalam mmg best.. ktorang wat persembahan sivik..sy selaku pengacara..hahaha..ntah apa sy meraban pun xtau.. anyway..sume brjln lancar..baik2 sje..as the result..ktorang dpt no2 je..tp xpe..syukur.. apa yg penting?KERJASAMA..haha.. erm..arini Hari Terbuka..parents dtg signs record..hehe btw,,news!! 23 Julai ade choir..hahaha..ada byk idea..lawan dgn F5 sekali.. chaiyok2..semoga kte brjmpe d lain entry ye?.. pesanan buat si dia
Wednesday 22 June 2011 | 05:06 | 1 candie blossom
tolong beritahu padanya aku ada pesanan buatnya tolong beritahu si dia cinta yg agung adalah cinta NYA tolong beritahu si dia bahawa cinta manusia membuat dia alpha tolong nasihati si dia jgn menyintaiku lebih dari cinta pada YANG MAHA ESA tolong nasihati si dia jgn mengingatiku lebih dari dia mengingati YANG MAHA KUASA YA ALLAH..sekiranya aku jatuh cinta maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang yg melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu tolong nasihati si dia jgn mendoakanku lebih dari doa kpd ibu bapanya tolong katakan pada si dia dahulukan ALLAH kerana disitu ada syurga tolong katakan pada si dia dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bkn rupa tolong ingatkan si dia aku lebih cintakan zuhudnya bkn harta tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya tolong tegur si dia jika dia mula mengagungkan cinta manusia tolong tegur si dia bila dia tenggelam dalam angan-angannya tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya tolong sedarkan si dia aku milik YANG MAHA ESA tolong sedarkan si dia aku masih milik keluarga tolong sedarkan si dia tanggungjawabnya besar terhadap keluarganya toong sabarkan si dia diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta tolong sabarkan si dia bila jarak penyebab bertambah rindunya tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi punca kegagalanaya tolong pesan padanya aku membiarkan YANG MAHA ESA menjaga dirinya tolong khabarkan padanya aku tidak mahu melekakan dia tolong khabarkan pada si dia aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya tolong khabarkan pada si dia jadilah penyokong dalam kejayaanku tolong sampaikan pada si dia aku dambakan cinta suci yang terjaga tolong sampaikan pada si dia cinta kerana allah tidak ternilai harganya takkan kau rasai cinta andai tiada cinta buat YANG MAHA ESA tolong sampaikan pada si dia hubunggan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dgn YANG MAHA kuasa tolong sampaikan pada si dia kerana aku tidak memberitahu dia sendiri CINTA lahirnya dari dua hati hadirnya tanpa dipakasa YA ALLAH! aku jatuh cinta YA ALLAH YA TUHANKU telah datang padaku seorang insan yang mengetuk pintu hati ini sekiranya dia adalah jodohku yyang terbaik yang telah KAU tetapkan sejak dari kandungan ibuku lagi maka permudahkanlah urusan ku..permudahkanlah urusan dia..dan permudahkanlah urusan kami berdua YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM lindungilah imanku YA ALLAH..lindungilah imannya.. dan lindungilah iman kami berdua sepanjang perhubungan ini AMIN YA RABBAL ALAMIN.. CINTA karya indah SANG PENCIPTA dimulakan di syurga dirasukkan dalam jiwa ADAM dan HAWA lalu dianak-pinakkan dalam setiap jiwa dengan kadar yang berbeza CINTA sebenarnya tidak buta CINTA adalah sesuatu yang luhur, murni dan diperlukan yang buta adalah cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan CINTA, MENCINTAI atau DICINTAI adalah lumrah sifat kejadian manusia hak untuk bercinta dan menerima adalah bergantung pada individu itu sendiri pilihan adalah terpulang kepada kita jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya kerana keelokannya dapat menyesatkan jangan pula tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan akan musnah tertariklah pada seseorang yang membuatmu tersenyum kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.. rahsia wajah dan hati yang cantik
Tuesday 21 June 2011 | 02:04 | 0 candie blossom
Tazkirah untuk hari ini Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13 · Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a. · Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a. · Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad). - DOA TENGOK CERMIN · Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur. · Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis…. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. · Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. Assalamua’laikum wr wb……… .. Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu…… 1 – Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2 – Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3 – Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4 – Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur…. 5 – Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur. 6 – I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur. 7 – Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8 – Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur 9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar. 1 0 – Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 11 – Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 12 – Salam : Memelihara kita di dalam kubur. 13 – Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T. Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W. bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam. “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain… Labels: facebook air mata keinsafan...
Friday 17 June 2011 | 23:08 | 0 candie blossom
~AIR MATA KEINSAFAN~ Menangislah wahai mata......air mata mu itu adalah air mata... keinsafan... Menangislah wahai insan......air mata mu itu adalah air mata keinsafan... Sedarlah wahai insan.....kita ini hanya pinjaman.... Percayalah wahai insan...dunia ini hanya penipuan... Ingatlah wahai Insan....satu hari kita akan dibangkitkan pada hari pembalasan... Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan: · Menangis kerana terlalu sedih. · Menangis kerana terasa hina dan lemah · Menangis untuk mendapat belas kasihan orang · Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis · Menangis orang munafik - pura-pura menangis · Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati · Menangis kerana rasa takut · Menangis kerana cinta · Menangis kerana gembira · Menangis kerana menghadapi penderitaan. "..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43) Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini. Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka." Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut: · Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya. · Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. · Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan. · Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan. KIta sebagai insan tidak pernah lari dari perasaan kesedihan. Ia datang tanpa di undang dan selalu mencari hati yang goncang. Lalu kita menangis kerana kesedihan yang hadir itu amat memilukan diri kita. Usahlah kita menyalahkan takdir yang menimpa. Terimalah ia dengan seikhlas hati dan di sudahi dengan ucapan syukur kepada Allah. Sedikit motivasi untuk diri sendiri yang telah di baca dalam sebuah buku. 1. Setiap ujian yang timbul itu menandakan anda sentiasa di sayangi oleh Allah. Allah memberi kita dugaan dan ujian tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memberi kebaikan untuk diri kita. Mungkin kebaikan yang akan kita terima itu dalam bentuk keselamatan di dunia mahupun terlepas dari azab seksa neraka. 2. Dalam hidup ini, kadang kala kita terpaksa membayar harga yang lebih tinggi sedikit untuk kita mendapatkan apa yang kita idamkan. 3. Tidak akan diturunkan ujian kepada kita oleh Allah swt dalam keadaan kita sendiri tidak mampu untuk menanggungnya. Ini janji Allah kepada kita. Yakin lah dengan segala ketentuan dariNya. 4. Dalam derita tersembunyi suatu kebahagian. Pergilah mencari kebahagian itu. 5. Dugaan itu adalah salah satu mesin untuk "charge" balik iman kita. Muhasabahlah kepada diri sendiri kerana disitu kita tahu betapa besarnya kasih sayang Allah kepada kita dan level keimanan kita samada kurang atau tidak mencukupi. 6. Ingatlah, anda orang yang beruntung kerana ramai lagi orang dibiarkan terbiar mencari hala tuju hidup. 7. Dan yang paling penting sekali, BERSYUKURLAH kerana dugaan itu menandakan Allah mengasihi kamu setiap masa.. ALLAHU AKBAR...!!!Lihat seterusnya..Allah berfirman yang bermaksud: "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Rabbmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat." (An-Nashr: 1-3) 12 Kunci Kehidupan..
| 15:57 | 0 candie blossom
hanya padaNYA .. - Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan RasulNya. - Kunci rezeki adalah berusaha disertai dengan istighfar dan ketaqwaan. - Kunci syurga adalah mengEsakan Allah (Tauhid). - Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk-makhlukNya. - Kunci kebaikan adalah kejujuran. - Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Qur'an, berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa. - Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu bertanya dan mendengar dengan baik. - Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar. - Kunci kebahagiaan adalah taqwa. - Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur. - Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi. - Kunci agar permintaan diqabulkan oleh Allah SWT adalah berdoa. SENDIRI
Tuesday 14 June 2011 | 21:35 | 0 candie blossom
Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita.. Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jantuh cinta.. Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya.. Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Memmbuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya… Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta.. Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa.. Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu.. Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan.. Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri orang? Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam.. Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki.. Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya.. Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti? Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.. Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu? 'Orang berjiwa besar punya dua hati;satu hati yang menangis dan satu lagi hati yang bersabar.' Penutup: Gunakan Akal Sebaik-Baiknya Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya. Bagaimanapun, soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita. Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan. Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan. Seperti kata pepatah, cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta. Dari perspektif lain, ada juga seseorang yang amat menyayangi kita. Sesungguhnya kita amat bertuah kerana ada sekeping hati yang amat mengharap kita. Sanggup susah dan senang demi kita. Ungkapan cinta berbunyi ‘kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.’ Dari perspektif apa pun, apabila membicarakan soal cinta, kita sendiri boleh membuat keputusan. Mungkin kita sudah tahu tindakan apa yang patut diambil. Cuma kita amat sukar untuk melupakan dia. Saya akui, untuk melupakan seseorang yang disayangi amat sukar. Jika tiada jodoh dengan dia, belajarlah perlahan-lahan untuk melupakannya. Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu. Jika kita benar-benar mencintai seseorang dan ditakdirkan tiada jodoh dengannya, biarkan dia pergi. Ini kerana cinta sejati kita terhadap seseorang ialah kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi. Benarlah kata orang, jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita. ada sebuah kisah tentang cinta
Wednesday 8 June 2011 | 19:10 | 1 candie blossom
Ada sebuah kisah tentang cinta, yang benar-benar cinta.... Yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya.... Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning… burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.... Pagi itu juga, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, katanya… “WAHAI UMATKU.. KITA SEMUA ADA DALAM KEKUASAAN ALLAH DAN CINTA KASIH-NYA, MAKA TAATI DAN BERTAQWALAH KEPADA-NYA, KU WARISKAN DUA PERKARA PADA KALIAN, AL-QURAN DAN SUNNAHKU, BARANG SIAPA MENCINTAI SUNNAHKU, BERERTI MENCINTAI AKU DAN KELAK ORANG-ORANG YANG MENCINTAIKU AKAN MASUK SYURGA BERSAMA-SAMAKU” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatNya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas panjang, Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba… “Rasulullah akan meninggalkan kita semua” Keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia teragung itu hampir selesai menunaikan tugasNya di dunia, tanda itu semakin kuat…. Ali dan Fadhal dengan pantas menyambut Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. (KEESOKAN HARINYA) Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup, Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningNya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurNya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “BOLEHKAH SAYA MASUK?” tanyanya. Tapi Saidatina Fatimah tidak mengizinkannya masuk. “Maaflah, ayahku sedang demam” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup daun pintu. Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang nyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah. “SIAPAKAH ITU WAHAI ANAKKU?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya” tutur Fatimah lembut. Lalu Rasulullah menatap puteriNya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anakNya itu hendak dikenang. “KETAHUILAH, DIA YANG MENGHAPUSKAN KENIKMATAN SEMENTARA,DIALAH MALAKUL MAUT” kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya..Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia untuk menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “JIBRIL..! JELASKAN APA HAKKU NANTI DI HADAPAN ALLAH?” Tanya rasulullah dengan suara yang amat lemah. “PINTU-PINTU LANGIT TELAH TERBUKA, PARA MALAIKAT TELAH MENANTI ROHMU. SEMUA SYURGA TERBUKA LEBAR MENANTI KEDATANGANMU”. Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “ENGKAU TIDAK SENANG MENDENGAR KHABAR INI?” Tanya Jibril lagi. “KHABARKAN KEPADAKU BAGAIMANA NASIB UMATKU KELAK?” “JANGAN KHUATIR WAHAI RASUL ALLAH, AKU PERNAH MENDENGAR ALLAH BERFIRMAN KEPADAKU: “KUHARAMKAN SYURGA BAGI SESIAPA SAJA, KECUALI UMAT MUHAMMAD TELAH BERADA DI DALAMNYA,” kata Jibril Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas, Perlahan roh Rasulullah ditarik, nampaknya seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “JIBRIL, BETAPA SAKITNYA SAKARATUL MAUT INI, PERLAHAN” Rasulullah mengeluh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “JIJIKKAH KAU MELIHATKU, HINGGAKAN KAU PALINGKAN WAJAHMU JIBRIL?” Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu. “SIAPAKAH YANG SANGGUP MELIHAT KEKASIH ALLAH DIRENGGUT AJAL?” Kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “YA ALLAH!! DASYAT NIAN MAUT INI, TIMPAKAN SAJA SEMUA SIKSA MAUT INI KEPADAKU, JANGAN PADA UMATKU” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya. “UUSHIIKUM BIS SHALATI, WA MAA MALAKAT AIMAMUKU,” (PELIHARALAH SHALAT DAN PELIHARALAH ORANG-ORANG YANG LEMAH DIANTARAMU) Di luar pintu, tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “UMMATI.. UMMATI.. UMMATI..!!” Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang selama ini memberi sinaran.. “ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD, WA ALA ALI SAIDINA MUHAMMAD. BETAPA CINTANYA RASULULLAH KEPADA KITA..!! KAMI JUGA MENCINTAIMU YA RASULULLAH…!! DAN CINTA ITU.. AKAN KAMI BUKTIKAN..!!” BOLEHKAH ANDA MEMBUKTIKAN..?? BAGAIMANA..?? tangisan terakhir seorang wanita
Monday 6 June 2011 | 19:22 | 0 candie blossom
Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri. "Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu. Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa. Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis. Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak. Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri. "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru. Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA" Assalamualaikum. |