|
air mata keinsafan...
Friday 17 June 2011 | 23:08 | 0 candie blossom
~AIR MATA KEINSAFAN~ Menangislah wahai mata......air mata mu itu adalah air mata... keinsafan... Menangislah wahai insan......air mata mu itu adalah air mata keinsafan... Sedarlah wahai insan.....kita ini hanya pinjaman.... Percayalah wahai insan...dunia ini hanya penipuan... Ingatlah wahai Insan....satu hari kita akan dibangkitkan pada hari pembalasan... Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan: · Menangis kerana terlalu sedih. · Menangis kerana terasa hina dan lemah · Menangis untuk mendapat belas kasihan orang · Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis · Menangis orang munafik - pura-pura menangis · Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati · Menangis kerana rasa takut · Menangis kerana cinta · Menangis kerana gembira · Menangis kerana menghadapi penderitaan. "..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43) Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini. Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka." Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut: · Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya. · Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. · Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan. · Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan. KIta sebagai insan tidak pernah lari dari perasaan kesedihan. Ia datang tanpa di undang dan selalu mencari hati yang goncang. Lalu kita menangis kerana kesedihan yang hadir itu amat memilukan diri kita. Usahlah kita menyalahkan takdir yang menimpa. Terimalah ia dengan seikhlas hati dan di sudahi dengan ucapan syukur kepada Allah. Sedikit motivasi untuk diri sendiri yang telah di baca dalam sebuah buku. 1. Setiap ujian yang timbul itu menandakan anda sentiasa di sayangi oleh Allah. Allah memberi kita dugaan dan ujian tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memberi kebaikan untuk diri kita. Mungkin kebaikan yang akan kita terima itu dalam bentuk keselamatan di dunia mahupun terlepas dari azab seksa neraka. 2. Dalam hidup ini, kadang kala kita terpaksa membayar harga yang lebih tinggi sedikit untuk kita mendapatkan apa yang kita idamkan. 3. Tidak akan diturunkan ujian kepada kita oleh Allah swt dalam keadaan kita sendiri tidak mampu untuk menanggungnya. Ini janji Allah kepada kita. Yakin lah dengan segala ketentuan dariNya. 4. Dalam derita tersembunyi suatu kebahagian. Pergilah mencari kebahagian itu. 5. Dugaan itu adalah salah satu mesin untuk "charge" balik iman kita. Muhasabahlah kepada diri sendiri kerana disitu kita tahu betapa besarnya kasih sayang Allah kepada kita dan level keimanan kita samada kurang atau tidak mencukupi. 6. Ingatlah, anda orang yang beruntung kerana ramai lagi orang dibiarkan terbiar mencari hala tuju hidup. 7. Dan yang paling penting sekali, BERSYUKURLAH kerana dugaan itu menandakan Allah mengasihi kamu setiap masa.. ALLAHU AKBAR...!!!Lihat seterusnya..Allah berfirman yang bermaksud: "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Rabbmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat." (An-Nashr: 1-3) |